Pages

Monday 30 May 2011

The Saboteur review

cover art
Yes, game ni hanyalah sekadar game open world yang biasa dalam bentuk third-person ( bagi aku la ). Sebelum aku cadangkan korang beli game ni, aku rasa adil untuk aku bagitahu yang game TIDAK sesuai untuk gamer yang berumur 18 tahun. Kenapa? sebab game ni ada nudity. Walaupun korang boleh turn on atau off, tapi kalau korang lelaki sejati macam aku, mesti korang setting bagi on kan? haha. Suke ati korang la, aku just bagitahu je. Game ni adalah bebentuk sandbox*, ramai orang suka game berbentuk macam ni, tapi kadang-kadang game bentuk sandbox macam ni, lepas habis semua mission, ada ramai yang tak tahu nak buat apa. Apa-apa pun, let's move on.

Sinopsis:
Berlatar belakangkan pada perang dunia kedua di Paris, ketika Nazi masih lagi sedang berkuasa di Perancis. Pemain bermain sebagai Sean Devlin, seorang pelumba yang kehilangan abangnya dibunuh oleh seorang nazi. Pemain kemudiannya mengetuai kumpulan 'resistance' yang melawan Nazi untuk membebaskan Paris daripada genggaman Nazi.

Presentation:
Grafik game ni aku boleh kata, tak cantik seperti GTA IV dan lebih cantik daripada Godfather II. Yang aku suka pasal grafik dalam game ni adalah penggunaan hitam dan putih dalam sesetengah kawasan dalam game ni.

Hitam dan putih melambangkan kawasan ni masih dalam kuasa nazi. Dengan memusnahkan struktur penting di kawasan tu, warna kawasan tu jadi warna normal balik, menandakan bahawa kawasan tu dah nazi-free. Yang cantik dalam kawasan hitam putih ni adalah, warna bendera nazi sahaja yang diwarnakan merah, smart kot..haha.

Voice acting dalam game ni er... aku rasa kelakar sebab ada slang france dalam english. Ada banyak 'swearing' ( mencarut ) dalam dialog, tapi aku rasa, biasa la kan. Just jangan la korang implikasikan kat luar, pandai-pandai la korang bezakan mana yang baik dan buruk.

Bandar dalam game ni besar, tak sebesar GTA San Andreas, ataupun Assassin's Creed, tapi at least korang tak lalu tempat yang sama kerap sangat. Aku suka kot map yang ada countryside, asyik main game dalam bandar je. Kadang-kadang jemu jugak.

Bandar Paris dalam game ni dihasilkan secara terperinci, kereta-kereta yang detail. Jalanan, suasana dan struktur terkenal Paris telah berjaya di olah oleh game ni (maaf la kalau ayat aku berbelit skit, aku xdelah pndai sangat main ayat ni..)

Gameplay:
Kalau bab kombat ataupun tembak menembak, game ni guna sistem biasa je macam game third person lain, contohnya GTA IV, macam biasa maksud aku adalah klik kiri zoom, klik kanan tembak, takde la lain daripada yang lain, tapi bagus jugak kalau macam ni sebab pemain tak perlu membiasakan diri, tak perlu tutorial apa bagai, just terus main je.

Senjata yang digunakan dalam game ni adalah senjata semasa perang dunia ke-2, kalau korang biasa main game perang berlatarbelakangkan perang dunia ke-2 korang mesti rasa senjata dalam game ni familiar je ( MP44, KAR98, M1 Garand). Senjata boleh di beli di pasaran gelap di serata map.

Untuk membebaskan sesuatu kawasan daripada gengaman Nazi, pemain kena musnahkan struktur penting Nazi kat kawasan tersebut, waktu diaorang kepung korang plak korang tak perlu risau la, nanti satu tahap dalam game ni geng-geng memberontak akan tolong korang.

Masa korang main game ni, korang boleh upgrade watak utama dalam game ni dalam bentuk 'perks'. Dengan upgrade 'perks' korang boleh meningkatkan 'accuracy', meningkatkan bilangan peluru, macam-macam la yang menyenangkan korang habiskan game ni.

Untuk selesaikan mana-mana misi, korang boleh pilih nak low-profile atau high-profile, low-profile korang boleh bunuh seorang askar nazi pastu pakai baju dia dan menyamar, kalau high-profile macam biasa, korang masuk pintu depan, pastu tembak je sape-sape yang tembak korang.

Health regeneration untuk game ni sama macam Modern Warfare 2 dan Medal of Honor, takde health bar, kalau musuh tembak korang banyak-banyak pada satu masa je korang mati.

Pemain juga boleh panjat bangunan dalam game ni ala Assassin's Creed dan Prince of Persia, ok la, yang ni aku terima, sebab meningkatkan keseronokan game ni. Garaj juga disediakan, untuk pemain menyimpan kereta untuk digunakan pada masa lain.

Driving dalam game ni sedikit keras, kadang-kadang susah nak pandu kalau jumpa selekoh tajam. Oh, aku lupa nak mention ada mission racing dalam game ni (sikit je)

Namun AI dalam game ni takde la hebat sangat, diaorang tak pakai pun strategi tentera, kalau korang ada cover, diaorang aku tengok takde plak nak kepung ke, ape ke. Lepas korang abis main game ni, tak seperti game lain korang ada banyak lagi benda yang nak dibuat untuk betul-betul melepaskan Paris daripada Nazi. Jadi korang tak perlu la terus uninstall game ni lepas habis.

Ada byak lagi feature yang aku tak nyatakan dalam game ni, kalau korang nak tahu game ni macamana beli la sendiri....haha

Overall:
Kalau korang suka sandbox style game, aku suggestkan korang beli game ni, walaupun ada kekurangan sana-sini, tapi tak merubah fakta bahawa game ni menyeronokkan, lastly, pesanan aku, jangan main dengan adik-adik korang yg berumur 18 tahun kebawah, sebab ada byk mencarut dan 'nudity' dalam game ni. Tak pasal-pasal korang jadi pengaruh negatif.

Aku suka:
- Panjat bangunan.
- Graphics (hitam dan putih)
- Nudity settingc ( lol )

Aku kurang:
- Driving yang keras
- Voice acting
- AI kurang mencabar

Rating:
- Gamespot: 7.5/10
- IGN: 7.5/10
- Xplay: 3/5
- Aku: 8/10

Gallery:


Hitam putih
Nudity setting - on? off?

Effects nampak cantik dalam game ni

~kimi~

Friday 20 May 2011

Crysis Review

Cover art
First of all, sebenarnya aku nak review Crysis 2, tapi aku rasa lagi adil kalau aku review Crysis dulu, rasa macam tak lengkap kalau aku terus review Crysis 2 tanpa review Crysis. Kalau korang pernah main Far Cry 2 (aku tak pernah), game ni menggunakan enjin yang sama ( CryEngine ), walaupun game ni di keluarkan pada tahun 2007, ramai orang kata (termasuk aku) game ni masih mempunyai grafik yang terbaik walaupun sekarang tahun 2011. 

Sebelum korang beli game ni aku nasihatkan, check dulu pc spec korang. Dengan spec PC aku ( AMD Athlon x3, Nvidia Geforce GT240, 2GB DDR3 ) aku kena setting di medium dengan resolusi 1366 x 768, dan aku still dapat frame rate 35-50, tapi bagi aku boleh main la. Cuma ada sesetengah gamer tak puas hati. Tapi bagi aku ok je. Jom mula.

Sinopsis:
Pada tahun 2020, 5 orang US Army memakai Nanosuit dihantar ke sebuah pulau untuk menyelamatkan ahli arkeologi amerika yang meminta pertolongan mengatakan mereka telah terjumpa sesuatu yang boleh merubah dunia, tapi orang Korea Utara yang sampai dulu. Tapi selain daripada mereka, ahli arkeologi dan askar Korea Utara tersebut, terdapat satu entiti yang tidak berasal daripada bumi....

Presentation:
Well, aku dah kata tadi, walaupun game ni dikeluarkan pada tahun 2007, ramai orang rasa (termasuk aku) game FPS ni masih mempunyai grafik yang terbaik! Walaupun aku setting game ni kat medium, masih lagi nampak cantik!

Hutan, air yang realistik, dunia yang terbuka. Oh, aku belum bagitahu yang game ni ada kaitan dengan Alien ataupun orang melayu kata makhluk asing. Alien dalam game ni bijak, diaorang pandai atur strategi nak bunuh korang, hebat. Selain pada tu, alien nampak asli, aku tak rasa Crytek ada cedok idea orang.

Voice acting, in-game cutscenes aku rasa realistik walaupun aku rasa ada sesetengah cutscene tu ada glitch* sikit (aku sorang je kot). Game ni berlatar belakangkan pulau yang terletak di timur Filipina. Aku rasa modeling pulau ni cantik, bukit bukau, pulau yang di kelilingi air membuatkan aku lupa mission apa sebab aku leka sangat tengok pemandangan (haha, takde la).

Yang lain, kenderaan, character models, flora dan fauna, senjata, semua dihasilkan dengan terperinci. Yang lain aku boleh tambah adalah semua bangunan kecil yang ada dalam game ni boleh dimusnahkan melalui RPG (Rocket Propelled Granade), kereta kebal etc (massive open world destruction)

Gameplay:
Yang membezakan game Crysis daripada game FPS lain adalah Nanosuit. Yang membolehkan pemain menggunakan 4 modes yang boleh di aktifkan mengikut kesesuaian ketika bermain. 4 mode tersebut adalah

Armor - Membolehkan pemain mengambil tembakan lebih banyak, dengan kata lain kebal la. Sesuai kalau korang sedang berhadapan dengan musuh yang ramai. Tapi kalau kena tembak banyak sangat korang mati jugak! haha

Speed - Membolehkan pemain bergerak dengan lebih pantas, kalau korang tekan shift sambil pakai mode ni, memang korang terus lari dengan kadar agak laju lah. Haha, sesuai untuk melarikan diri daripada musuh ataupun korang nak ke objektif dengan lebih laju.

Strength - Membolehkan pemain jadi lebih kuat. Haha, takyah workout la ni. Dengan mode ni, korang bleh tembak dengan lebih tepat (sebab kurang recoil) lompat lebih tinggi, dan kalau korang sempat grab musuh, korang boleh baling diaorang ni lagi jauh.

Cloak - Mode yang aku selalu pakai, memang berguna sebab musuh tak nampak korang, ye la, macam cerita Predator, sesuai kalau korang nak melepasi sesuatu base dengan low profile.

Tapi ingin aku ingatkan, korang takleh guna mode ni lama-lama, sebab suit ni ada power (you can't have everything right?). Sebagai contoh, kalau korang masuk Cloak mode, korang leh pakai cloak mode sampai power dia habis, pastu secara automatik masuk armor mode, maknanya musuh nampak korang la. Ketika mode armor tu, power akan recharge balik, then korang bleh masuk balik cloak mode.

Game ni hebat aku rasa sebab ada kebebasan kepada pemain, I mean, pemain boleh pilih nak laksanakan mission dengan low profile ataupun high profile. Kalau ngan high-profile, korang just masuk armor mode, pastu terus tembak orang macam Rambo, cepat, tapi bahaya. Tapi kalau low-profile, korang masuk cloak mode, pastu korang tembak headshot je, pakai silencer, then cari satu tempat tersembunyi, masuk cloak mode, recharge power (kejap je), pastu masuk cloak mode balik. Lambat, tapi lebih selamat.

Selain daripada jalan kaki, korang bleh naik kenderaan lain dalam game ni, contohnya kereta kebal, dan lain-lain. 

Walaupun pilihan senjata tak banyak dalam game ni. Aku puji creator dan developer game ni yang membenarkan pemain memilih attachment untuk senjata pemain sendiri. Sebagai contoh korang boleh pilih nak guna laser atau tidak, nak pakai scope ke, nak pakai tackikal sight ke. Just like I said, kebebasan.

Yang banyak mencuri perhatian aku adalah alien yang wujuid dalam game ni, memang aku rasa lagi syok perang ngan alien daripada perang dengan askar korea.

Dengan difficulty medium, aku berjaya habiskan game ni dalam masa 10 jam. Kalau boleh panjangkan sikit lagi boleh tak untuk Crysis 2? hehe

Overall:
Game ni adalah antara game yang terbaik dalam FPS, daripada segi grafik, plot, watak dan gameplay semua blend dengan bagus. Yes, aku cuba game ni, yang aku frust satu je...kenapa alien muncul lewat sangat dalam game ni? huhuhu....game ni fun dan kalau korang peminat tegar FPS korang wajib try game ni!

Aku suka:
- Nanosuit
- Grafik
- Gameplay
- Kebebasan
- Ala! aku suka semua la senang!

Aku kureng:
- Err..alien muncul lewat sangat?

Rating:
- IGN: 9.4/10
- Eurogamer: 9/10
- Gamespot: 9.5/10
- Aku: 9.5/10

Gallery:

Weapon customisation? bebas
Kedatangan alien menjadikan pulau tu menjadi beku
Very high setting - cantik kan?
Nanosuit
My favourite - Cloak mode
~kimi~

*Glitch - Graphics error




Wednesday 18 May 2011

Call of Duty: Modern Warfare 3 sneak peek

Modern Warfare 3 nak kuar?? haha..... bagus! antara game yang aku nantikan dan untuk pengetahuan korang... aku adalah solid die hard fan Modern Warfare series...

First time aku tgok trailer Call of Duty 4: Modern Warfare adalah ketika aku umur 16 dan aku sebagai peminat siri Call of Duty aku memang btul-betul nak main game tu. Tapi apakan daya, aku takde PS3 atau XBOX 360 atau PC yang power untuk main game tu. Aku pon telan air liur je la..

Dua tahun kemudian aku ada laptop sndiri (walaupun bkan ntuk gaming) aku pon install game tu. Dan aku amat-amat teruja, COD4: Modern Warfare memang superb, nice plot, senjata dan kesan bunyi yang hebat. Walaupun aku rasa game tu pendek, tapi sudah cukup untuk membuatkan pemain memahami jalan cerita. Tu la game ke-3 daripada konsol generasi ke-7 yang pernah aku main selepas Left 4 Dead dan Half Life 2.

Peperangan antara US dan Rusia bersambung kat Modern Warfare 2, yg dikeluarkan 2 tahun kemudian. Aku  rasa walaupun game MW2 pendek (6 jam) aku masih lagi rasa plot cerita diimplimentasikan dengan baik. Banyak improvement dalam MW2 dan player masih lagi bermain lebih daripada 1 watak seperti game call of duty yang lain.

Minggu lepas aku main facebook bukak page IGN..diaorang umumkan cover Modern Warfare 3 yg telah dibocorkan. Sengaja atau tidak aku tak tahu. Ntah la... mungkin Activision rasa terancam dengan trailer bersiri yang dikeluarkan oleh Battlefield 3, mungkin je la. Ni ha cover Modern Warfare 3 yg di'leak'kan.
fan art? official?
Tapi aku tak tahu la samada cover ni official ataupun fan art. Tapi aku rasa official, sebab trailer dia kuar sehari dua lepas tu. Officially game ni masuk dalam list 'game yang ditunggu-tunggu' aku bersama game Battlefield 3. Aku harap activision akan buat yg lebih baik daripada Modern Warfare 2 walaupun dengan ketiadaan Infinity Ward dan please.. I mean PLEASE jangan pilih Treyarch sebagai developer! haha

Apa-apa pon Call of Duty, I love you! xD

~kimi~

Thursday 5 May 2011

Which GPU can I run together in SLI or CFX?

Hahaha...tajuk omputih lak...ok2 tujuan post ini ada lah sambungan kepada "Nvidia SLI dan ATI CrossFireX" yang aku post tadi....
Belum baca? klik sini

Jenis GPU macam mana korang bleh gabung? Post aku kali ni adalah untuk menjawab persoalan tu.
Berikut merupakan contoh SLI dan CFX yang aku ambil supaya korang bleh faham.

i. Kombinasi pertama
ATI Radeon HD 5870 1GB 256bit GDDR5 dan ATI Radeon HD 5870 1GB 256bit GDDR5
- GPU yang sama, memory type sama, memory size sama dan bus width sama. Sudah tentu boleh run CFX

ii. Kombinasi ke-2
ATI Radeon HD 5870 1GB 256bit GDDR5 dan ATI Radeon HD Eyefinity Edition 5870 2GB 256bit GDDR5
- GPU yang sama, memory type sama, bus width sama, namun berlainan memory size dan ATI Radeon HD Eyefinity Edition 5870 mempunyai 6 mini display port. Masih boleh run CFX kerana kedua-dua GPU tersebut menggunakan GPU processor 5870 walaupun display output dan memory size yang berbeza.

Atas: ATI Radeon HD Eyefinity Edition 5870
Bawah: ATI Radeon HD 5870

iii. Kombinasi ke-3
MSI Nvidia N480GTX 1.5GB 384bit GDDR5 dan Zotac Nvidia 480GTX 1.5GB 384bit GDDR5
- Memory type sama, memory size sama dan bus width sama namun, walaupun dikeluarkan oleh dua pengeluar berbeza, (MSI dan Zotac) masih boleh run SLI kerana kedua-dua GPU tersebut menggunakan GPU processor GTX480.

iv. Kombinasi ke-4
MSI Nvidia N460GTX Cyclone 1GB 256bit GDDR5 dan MSI Nvidia N460GTX Twin Frozr II 768mb 192bit GDDR5
- Memory type sama, namun memory size berbeza, bus width berbeza, mempunyai bentuk luaran yang memang berbeza. Masih boleh run SLI kerana kedua-dua GPU tersebut menggunakan GPU processor GTX460.


Walaupun mempunyai bentuk luaran yang berbeza kedua-dua GPU diatas
masih boleh run SLI kerana GPU processor yang sama
Yang penting adalah jenis GPU Processor! tak kisah la memory size tak sama atau bus width tak sama. Kesimpulan, korang xleh gabung GTX480 dengan GTX460 (contoh) dimana mempunyai GPU processor yang berlainan, Korang xleh gabung ATI dan Nvidia.

Tu je kot, ada soalan tnya aku.

~kimi~

Wednesday 4 May 2011

Nvidia SLI dan ATI CrossFireX

Nvidia SLI (Scalable Link Interface), dan ATI CrossfireX adalah merupakan teknologi yang membolehkan seorang pengguna menggabungkan dua GPU untuk mengeluarkan satu output.

Untuk senang aku taip aku singkatkan:
CrossfireX = CFX
Graphics Processing Unit = GPU

Hahaha, tu ayat skema, ayat aku; korang ada dua bijik graphic card, korang gabung jadi satu.
Tapi bukan semua gfx card boleh buat SLI atau CFX, maaf ye kalau mengecewakan sape-sape...haha

Untuk senarai GPU Nvidia yang support SLI klik sini
Untuk senarai GPU ATI yang support CrossFireX klik sini

Apa tujuan multi-gpu ni?
- Untuk mendapat lebih prestasi 3D dengan menggunakan lebih daripada satu GPU untuk mengeluarkan satu output. Atau dengan kata lain menggandakan prestasi sebuah GPU.

Apa yang korang perlukan?
i. Lebih daripada satu GPU yang di support oleh SLI atau CFX.

ii. Motherboard yang SLI atau CFX supported atau dengan kata lain mempunyai PCI-E slot lebih daripada satu.
EVGA x58 ada 7 pci-e slot untuk 4-way SLI
Tapi tak semua motherboard support SLI dan CFX, ada yang hanya support SLI, dan ada yang hanya support CFX, jadi sebelum beli tu check baik-baik dulu yep.

iii. SLI atau CFX bridge. Lepas korang masukkan 2 GPU kat dua PCIE slot. korang kena sambung dua GPU dengan penyambung yang dipanggil 'bridge'. Selalunya disertakan bersama motherboard ataupun kotak GPU sendiri.

Dua gpu nvidia disambung SLI bridge


SLI bridge daripada pelbagai jenama
iv. Power supply yang mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menampung dua atau lebih GPU, aku sarankan 750w lebih.
- Untuk senarai power supply yang boleh digunakan untuk run Nvidia SLI klik sini
- Untuk senarai power supply yang boleh digunakan untuk run ATI CrossFireX klik sini

v. Chassis (optional), kalau korang ada chassis yang kecil dan korang rasa tak muat nk buat SLI atau CFX, sila-sila la tukar.

Okeh, tu je penerangan aku mengenai multi GPU, kombinasi GPU mana yang boleh CFX dan SLI nanti aku bagitahu..

to be continued...

~kimi~

Graphic card yang support ATI CrossFireX



- ATI Radeon HD 3450
- ATI Radeon HD 3650
- ATI Radeon HD 3850
- ATI Radeon HD 3870
- ATI Radeon HD 3870 x2
- ATI Radeon HD 4350
- ATI Radeon HD 4550
- ATI Radeon HD 4650
- ATI Radeon HD 4670
- ATI Radeon HD 4770
- ATI Radeon HD 4830
- ATI Radeon HD 4850
- ATI Radeon HD 4850 x2
- ATI Radeon HD 4870
- ATI Radeon HD 4870 x2
- ATI Radeon HD 4890
- ATI Radeon HD 5450
- ATI Radeon HD 5570
- ATI Radeon HD 5670
- ATI Radeon HD 5750
- ATI Radeon HD 5770
- ATI Radeon HD 5830
- ATI Radeon HD 5850
- ATI Radeon HD 5870
- ATI Radeon HD 5970
- ATI Radeon HD 6870
- ATI Radeon HD 6970
- ATI Radeon HD 6990


- Hanya graphic card yang tersenarai di atas sahaja yang boleh digabungkan menggunakan teknologi ATI  CrossFireX
- X kisah brand Gigabyte, MSI atau brand apa pun.
- Apa itu CrossFireX? nanti aku bagitao..

~kimi~




Graphic card yang support Nvidia SLI (Scalable Link Interface)



-GeForce GT 120
-GeForce GT 130
-GeForce GTS 150
-GeForce 8400 GS
-GeForce 8500 GT
-GeForce 8600 GT
-GeForce 8600 GTS
-GeForce 8800 GTX
-GeForce 8800 Ultra
-GeForce 9400 GT
-GeForce 9500 GT
-GeForce 9600 GT
-GeForce 9800 GT
-GeForce 9800 GTX
-GeForce 9800 GTX+
-GeForce 9800 GX2
-GeForce GTS 250
-GeForce GTX 260
-GeForce GTX 275
-GeForce GTX 280
-GeForce GTX 285
-GeForce GTX 295
-GeForce GTS 450
-GeForce GTX 460
-GeForce GTX 465
-GeForce GTX 470
-GeForce GTX 480
-GeForce GTX 550Ti
-GeForce GTX 560Ti
-GeForce GTX 570
-GeForce GTX 580
-GeForce GTX 590

- Hanya graphic card yang tersenarai di atas sahaja yang boleh digabungkan menggunakan teknologi nVidia SLI
- X kisah brand Gigabyte, MSI atau brand apa pun.
- Apa itu SLI? nanti aku bagitao..

~kimi~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...