Pages

Sunday, 1 May 2011

Need for Speed Hot Persuit 2010 review

cover art
Game ini adalah merupakan reincaration ke 3 Hot Persuit, game hot persuit yang pertama dikeluarkan ialah Need For Speed III: Hot Persuit pada tahun 1998, Need For Speed: Hot Persuit 2 pada tahun 2002 dan yang paling latest adalah yang tertera di atas, game ni bukan game kegemaran aku tapi aku review jugak la...tapi aku rasa mereka yang suka kereta mewah dan polis aku rasa suka game ni. By the way, developer game ni adalah Criterion, developer siri Burnout..

Presentation:
Serius game ni lawa beb, daripada pemandangan tepi laut ke bukit semua lawa, world surrounding yang paling lawa aku tengok wujud dalam racing game, model kereta memang tak payah cakap arh, semua sama dengan real life, memang detail, berlesen dan jumlah kereta memang banyak. Crashes atau perlanggaran dalam game ni nampak hebat, ye la, Criterion memang cantik kalau bab-bab eksiden, cuba korang main Burnout: Paradise, korang akan perasan game ni lebih kurang je dengan game tu. Tengok kereta Bugatti Veyron hancur tergolek-golek memang syok!
Tapi aku tak puas hati kenapa tak de cockpit view macam NFS: Shift? kalau ada mesti gempak.
Bunyi? daripada bunyi eksiden ke bunyi enjin, semua meremangkan bulu roma aku...
Dunia atau World Map game ni besar, lebih besar daripada Paradise City*, efek cuaca pon cantik. Game ni cun sial!!!

Bugatti Veyron crashed. Astonishing..

Gameplay:
Dalam game ni player boleh main sebagai Racer atau Cops, tiada jalan cerita so game ni, so sebagai Racer, kerja korang dapat nombor 1 takpun lari daripada polis, sebagai Cops, kerja korang tangkap Racer sebelum masa tamat (ye la takkan join sekali kan?), dan drive dari A ke B, simple, walaupun tiada storyline game ni tetap menarik. Sebagai Racer dan Cops, korang ada senjata yang sama untuk digunakan, Spike Strip* dan EMP*, jadi adil la, tak de la semua polis je yang ada.
Tapi ada physics kereta yang aku heran dalam game ni, berat kereta rasa pelik, kenapa Bentley rasa macam kereta kebal dan Pagani Zonda ringan macam bulu.
Dah habis game ni? Bleh ulang balik racing yang dah complete untuk unlock kereta lain yang belum unlock
Tapi kalau dah main game ni lama-lama aku rasa repetitive* pulak..

Overall:
Game ni cun bai, pemandangan, kereta, crashes, tapi aku rasa lumba tanpa matlamat jadi repetitive plak, cuba diaorang buat mission rompak kereta api ke, selamatkan banduan penjara ke, mesti hilang elemen repetitive tu. Namun kebebasan player menjadi Racer atau Cops memudarkan elemen tu. Tapi apapon, macam aku kata tadi, kalau korang suka memandu kereta mewah dengan cara korang suka, cuba game ni!

Aku suka:
- Brilliant graphics
- Crashes yang realistik
- Bleh tukar antara Racer atau Cops
- World Map besar

Aku kurang:
- Repetitive
- Cockpit view tak ade
- Berat kereta pelik

Rating:
- IGN: 9.0/10
- 1UP.com: A
- Metacritics: 87/100
- Aku: 8.5/10

Download:

~kimi~

*Paradise City - Latar belakang game Burnout: Paradise
*Spike strip - Paku atas jalan
*EMP - Electro Magnetic Pulse
*Repetitive - Berulang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...