Pages

Wednesday, 4 May 2011

Nvidia SLI dan ATI CrossFireX

Nvidia SLI (Scalable Link Interface), dan ATI CrossfireX adalah merupakan teknologi yang membolehkan seorang pengguna menggabungkan dua GPU untuk mengeluarkan satu output.

Untuk senang aku taip aku singkatkan:
CrossfireX = CFX
Graphics Processing Unit = GPU

Hahaha, tu ayat skema, ayat aku; korang ada dua bijik graphic card, korang gabung jadi satu.
Tapi bukan semua gfx card boleh buat SLI atau CFX, maaf ye kalau mengecewakan sape-sape...haha

Untuk senarai GPU Nvidia yang support SLI klik sini
Untuk senarai GPU ATI yang support CrossFireX klik sini

Apa tujuan multi-gpu ni?
- Untuk mendapat lebih prestasi 3D dengan menggunakan lebih daripada satu GPU untuk mengeluarkan satu output. Atau dengan kata lain menggandakan prestasi sebuah GPU.

Apa yang korang perlukan?
i. Lebih daripada satu GPU yang di support oleh SLI atau CFX.

ii. Motherboard yang SLI atau CFX supported atau dengan kata lain mempunyai PCI-E slot lebih daripada satu.
EVGA x58 ada 7 pci-e slot untuk 4-way SLI
Tapi tak semua motherboard support SLI dan CFX, ada yang hanya support SLI, dan ada yang hanya support CFX, jadi sebelum beli tu check baik-baik dulu yep.

iii. SLI atau CFX bridge. Lepas korang masukkan 2 GPU kat dua PCIE slot. korang kena sambung dua GPU dengan penyambung yang dipanggil 'bridge'. Selalunya disertakan bersama motherboard ataupun kotak GPU sendiri.

Dua gpu nvidia disambung SLI bridge


SLI bridge daripada pelbagai jenama
iv. Power supply yang mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menampung dua atau lebih GPU, aku sarankan 750w lebih.
- Untuk senarai power supply yang boleh digunakan untuk run Nvidia SLI klik sini
- Untuk senarai power supply yang boleh digunakan untuk run ATI CrossFireX klik sini

v. Chassis (optional), kalau korang ada chassis yang kecil dan korang rasa tak muat nk buat SLI atau CFX, sila-sila la tukar.

Okeh, tu je penerangan aku mengenai multi GPU, kombinasi GPU mana yang boleh CFX dan SLI nanti aku bagitahu..

to be continued...

~kimi~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...