Pages

Monday, 2 May 2011

Thermaltake Level 10 review

Hehehe, first time aku review chassis, aku neh budak baru belajar, kalau salah fakta gtao keh?

Thermaltake Level 10 adalah merupakan chassis yang direka oleh BMW. First all, aku nak cakap, chassis ni bukan untuk semua orang, berat, mahal, besar, it is an enthusiast level chassis, (ps: tapi kalau korang nak beli jugak aku tak halang)

Specifications for Thermaltake Level 10:

i. Chassis type: Full Tower
- Yes, chasis ni merupakan full tower, aku dah bagitahu tadi kan, chassis ni memang tinggi dan berat, aku rasa system PC korang paling gila-gila pon semua boleh masuk, tak kira la daripada stock cooling* hingga ke water cooling, semua muat! tak perlu risau.

ii. Material: Aluminium
- 100% aluminium, takde langsung plastik dalam chassis ni

iii. Colour: Black
- Hanya hitam sahaja yang available, warna lain tak ade, aku pun tak tahu la kenapa, tapi kalau aku tengok Cooler Master punya chassis semua warna hitam. Warna hitam warna universal kot.

iv. Motherboard supported: ATX and Micro ATX
- Kalau diaorang cakap ATX dan Micro ATX boleh muat, aku rasa semua jenis motherboard dalam pasaran boleh masuk la...

v. 5.25" Drive bay: 3
- Haha, kalau korang ada lagi Hard drive yang besar gedabak tu bleh la msukkan dalam chassis ni. Tapi orang normal macam aku selalunya letak DVD Writer.

vi. Ext. 3.5" Drive bay: 6 With 2.5" HDD/SSD capability and int. 3.5" Drive bay
- Korang bleh letak 6 buah 3.5" HDD dalam ni, kalau korang nak letak SSD* pon bleh, jangan risau, tray yang disediakan boleh support kedua-dua HDD dan SSD.

vii. Expansion slot: 8
- Nak buat 2-way SLI*? 3-way SLI? 4-way SLI? silakan! (tapi tengok motherboard la)

viii.Front I/O Ports: USB 2.0 x 4, eSata x 1, HD Audio x 1
- Pegh, ada 4 USB depan kat chassis ni, (chassis aku ada 2 je), tapi yang aku pelik la kan, mengikut teknologi sekarang, kenapa diaorang tak sertakan sekali USB 3.0?

ix. Cooling system: Front (intake)- 140 x 140 x 25 mm Red LED Fan, 1000rpm. Rear(exhaust)- 120 x 120 x 25 mm Red LED fan, 1300rpm. HDD (intake) Dual 60 x 60 15mm Silent Fan, 2500rpm
- Aku kurang pasti korang boleh tambah kipas lain atau tidak, tapi yang pasti aku rasa kipas yang datang dengan chassis ni dah mencukupi. Yang aku tertarik ialah, setiap 6 HDD yang korang masukkan di drive bay ada kipas sendiri! air flow bukan menjadi isu dalam chassis ni.

x. Liquid cooling capable: Yes
- Korang bleh buat liquid cooling dengan case ni.

xi. Power supply included: No
- Chassis ni tidak disertakan bersama power supply.

xii. Dimension: (H*W*D): 666(H) X 318(W) X 614(L)mm. 26.22(H) x 12.52(W) x 24.17(L) in

xiii. Net weight: 47.11 lbs 21.37kg

xiv: Security lock: Yes
- Kunci disertakan bersama chassis ni

Lain-lain:
Bukan seperti chassis lain dimana motherboard, power supply dan hard disk diletakkan pada satu bumbung, chassis ni mengasingkan HDD, motherboard, power supply dan dvd writer. Kalau bab cable management, aku tengok lebih kurang dengan siri Cooler Master, cable tie disediakan bersama chassis ini.

Harga? aku tengok dalam forum lowyat, hanya ada dua sahaja chassis ini dijual, dengan harga RM2599 dan aku kurang pasti masih available atau tidak, mahal kan? tapi aku rasa memang patut harga tinggi pun, sebab material yang digunakan dah lain daripada lain, dah la 'designed by BMW'. Kalau dah tak dijual, korang pandai-pandai la tunggu kedai tu ada stok, order online, tak pun terbang la oversea.

Gallery:

Beautiful, big and strong
Nanti aku pakai Intel core i7 hexa-core, ada H70 Corsair water cooling, berpuluh-puluh GB RAM, 6TB HDD, 4-way GTX 580 SLI, aku beli arh chassis ni (which takes more than 10 years)

~kimi~

*Stock cooling: Cooler yang dah disediakan bersama CPU, selalunya kualiti rendah, tak sesuai untuk overclock
*SSD: Solid state drive (nanti aku review)
*SLI: Scalable Link Interface, cara Nvidia menggabungkan 2 atau lebih graphic cards.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...