Pages

Monday, 30 May 2011

The Saboteur review

cover art
Yes, game ni hanyalah sekadar game open world yang biasa dalam bentuk third-person ( bagi aku la ). Sebelum aku cadangkan korang beli game ni, aku rasa adil untuk aku bagitahu yang game TIDAK sesuai untuk gamer yang berumur 18 tahun. Kenapa? sebab game ni ada nudity. Walaupun korang boleh turn on atau off, tapi kalau korang lelaki sejati macam aku, mesti korang setting bagi on kan? haha. Suke ati korang la, aku just bagitahu je. Game ni adalah bebentuk sandbox*, ramai orang suka game berbentuk macam ni, tapi kadang-kadang game bentuk sandbox macam ni, lepas habis semua mission, ada ramai yang tak tahu nak buat apa. Apa-apa pun, let's move on.

Sinopsis:
Berlatar belakangkan pada perang dunia kedua di Paris, ketika Nazi masih lagi sedang berkuasa di Perancis. Pemain bermain sebagai Sean Devlin, seorang pelumba yang kehilangan abangnya dibunuh oleh seorang nazi. Pemain kemudiannya mengetuai kumpulan 'resistance' yang melawan Nazi untuk membebaskan Paris daripada genggaman Nazi.

Presentation:
Grafik game ni aku boleh kata, tak cantik seperti GTA IV dan lebih cantik daripada Godfather II. Yang aku suka pasal grafik dalam game ni adalah penggunaan hitam dan putih dalam sesetengah kawasan dalam game ni.

Hitam dan putih melambangkan kawasan ni masih dalam kuasa nazi. Dengan memusnahkan struktur penting di kawasan tu, warna kawasan tu jadi warna normal balik, menandakan bahawa kawasan tu dah nazi-free. Yang cantik dalam kawasan hitam putih ni adalah, warna bendera nazi sahaja yang diwarnakan merah, smart kot..haha.

Voice acting dalam game ni er... aku rasa kelakar sebab ada slang france dalam english. Ada banyak 'swearing' ( mencarut ) dalam dialog, tapi aku rasa, biasa la kan. Just jangan la korang implikasikan kat luar, pandai-pandai la korang bezakan mana yang baik dan buruk.

Bandar dalam game ni besar, tak sebesar GTA San Andreas, ataupun Assassin's Creed, tapi at least korang tak lalu tempat yang sama kerap sangat. Aku suka kot map yang ada countryside, asyik main game dalam bandar je. Kadang-kadang jemu jugak.

Bandar Paris dalam game ni dihasilkan secara terperinci, kereta-kereta yang detail. Jalanan, suasana dan struktur terkenal Paris telah berjaya di olah oleh game ni (maaf la kalau ayat aku berbelit skit, aku xdelah pndai sangat main ayat ni..)

Gameplay:
Kalau bab kombat ataupun tembak menembak, game ni guna sistem biasa je macam game third person lain, contohnya GTA IV, macam biasa maksud aku adalah klik kiri zoom, klik kanan tembak, takde la lain daripada yang lain, tapi bagus jugak kalau macam ni sebab pemain tak perlu membiasakan diri, tak perlu tutorial apa bagai, just terus main je.

Senjata yang digunakan dalam game ni adalah senjata semasa perang dunia ke-2, kalau korang biasa main game perang berlatarbelakangkan perang dunia ke-2 korang mesti rasa senjata dalam game ni familiar je ( MP44, KAR98, M1 Garand). Senjata boleh di beli di pasaran gelap di serata map.

Untuk membebaskan sesuatu kawasan daripada gengaman Nazi, pemain kena musnahkan struktur penting Nazi kat kawasan tersebut, waktu diaorang kepung korang plak korang tak perlu risau la, nanti satu tahap dalam game ni geng-geng memberontak akan tolong korang.

Masa korang main game ni, korang boleh upgrade watak utama dalam game ni dalam bentuk 'perks'. Dengan upgrade 'perks' korang boleh meningkatkan 'accuracy', meningkatkan bilangan peluru, macam-macam la yang menyenangkan korang habiskan game ni.

Untuk selesaikan mana-mana misi, korang boleh pilih nak low-profile atau high-profile, low-profile korang boleh bunuh seorang askar nazi pastu pakai baju dia dan menyamar, kalau high-profile macam biasa, korang masuk pintu depan, pastu tembak je sape-sape yang tembak korang.

Health regeneration untuk game ni sama macam Modern Warfare 2 dan Medal of Honor, takde health bar, kalau musuh tembak korang banyak-banyak pada satu masa je korang mati.

Pemain juga boleh panjat bangunan dalam game ni ala Assassin's Creed dan Prince of Persia, ok la, yang ni aku terima, sebab meningkatkan keseronokan game ni. Garaj juga disediakan, untuk pemain menyimpan kereta untuk digunakan pada masa lain.

Driving dalam game ni sedikit keras, kadang-kadang susah nak pandu kalau jumpa selekoh tajam. Oh, aku lupa nak mention ada mission racing dalam game ni (sikit je)

Namun AI dalam game ni takde la hebat sangat, diaorang tak pakai pun strategi tentera, kalau korang ada cover, diaorang aku tengok takde plak nak kepung ke, ape ke. Lepas korang abis main game ni, tak seperti game lain korang ada banyak lagi benda yang nak dibuat untuk betul-betul melepaskan Paris daripada Nazi. Jadi korang tak perlu la terus uninstall game ni lepas habis.

Ada byak lagi feature yang aku tak nyatakan dalam game ni, kalau korang nak tahu game ni macamana beli la sendiri....haha

Overall:
Kalau korang suka sandbox style game, aku suggestkan korang beli game ni, walaupun ada kekurangan sana-sini, tapi tak merubah fakta bahawa game ni menyeronokkan, lastly, pesanan aku, jangan main dengan adik-adik korang yg berumur 18 tahun kebawah, sebab ada byk mencarut dan 'nudity' dalam game ni. Tak pasal-pasal korang jadi pengaruh negatif.

Aku suka:
- Panjat bangunan.
- Graphics (hitam dan putih)
- Nudity settingc ( lol )

Aku kurang:
- Driving yang keras
- Voice acting
- AI kurang mencabar

Rating:
- Gamespot: 7.5/10
- IGN: 7.5/10
- Xplay: 3/5
- Aku: 8/10

Gallery:


Hitam putih
Nudity setting - on? off?

Effects nampak cantik dalam game ni

~kimi~

Friday, 20 May 2011

Crysis Review

Cover art
First of all, sebenarnya aku nak review Crysis 2, tapi aku rasa lagi adil kalau aku review Crysis dulu, rasa macam tak lengkap kalau aku terus review Crysis 2 tanpa review Crysis. Kalau korang pernah main Far Cry 2 (aku tak pernah), game ni menggunakan enjin yang sama ( CryEngine ), walaupun game ni di keluarkan pada tahun 2007, ramai orang kata (termasuk aku) game ni masih mempunyai grafik yang terbaik walaupun sekarang tahun 2011. 

Sebelum korang beli game ni aku nasihatkan, check dulu pc spec korang. Dengan spec PC aku ( AMD Athlon x3, Nvidia Geforce GT240, 2GB DDR3 ) aku kena setting di medium dengan resolusi 1366 x 768, dan aku still dapat frame rate 35-50, tapi bagi aku boleh main la. Cuma ada sesetengah gamer tak puas hati. Tapi bagi aku ok je. Jom mula.

Sinopsis:
Pada tahun 2020, 5 orang US Army memakai Nanosuit dihantar ke sebuah pulau untuk menyelamatkan ahli arkeologi amerika yang meminta pertolongan mengatakan mereka telah terjumpa sesuatu yang boleh merubah dunia, tapi orang Korea Utara yang sampai dulu. Tapi selain daripada mereka, ahli arkeologi dan askar Korea Utara tersebut, terdapat satu entiti yang tidak berasal daripada bumi....

Presentation:
Well, aku dah kata tadi, walaupun game ni dikeluarkan pada tahun 2007, ramai orang rasa (termasuk aku) game FPS ni masih mempunyai grafik yang terbaik! Walaupun aku setting game ni kat medium, masih lagi nampak cantik!

Hutan, air yang realistik, dunia yang terbuka. Oh, aku belum bagitahu yang game ni ada kaitan dengan Alien ataupun orang melayu kata makhluk asing. Alien dalam game ni bijak, diaorang pandai atur strategi nak bunuh korang, hebat. Selain pada tu, alien nampak asli, aku tak rasa Crytek ada cedok idea orang.

Voice acting, in-game cutscenes aku rasa realistik walaupun aku rasa ada sesetengah cutscene tu ada glitch* sikit (aku sorang je kot). Game ni berlatar belakangkan pulau yang terletak di timur Filipina. Aku rasa modeling pulau ni cantik, bukit bukau, pulau yang di kelilingi air membuatkan aku lupa mission apa sebab aku leka sangat tengok pemandangan (haha, takde la).

Yang lain, kenderaan, character models, flora dan fauna, senjata, semua dihasilkan dengan terperinci. Yang lain aku boleh tambah adalah semua bangunan kecil yang ada dalam game ni boleh dimusnahkan melalui RPG (Rocket Propelled Granade), kereta kebal etc (massive open world destruction)

Gameplay:
Yang membezakan game Crysis daripada game FPS lain adalah Nanosuit. Yang membolehkan pemain menggunakan 4 modes yang boleh di aktifkan mengikut kesesuaian ketika bermain. 4 mode tersebut adalah

Armor - Membolehkan pemain mengambil tembakan lebih banyak, dengan kata lain kebal la. Sesuai kalau korang sedang berhadapan dengan musuh yang ramai. Tapi kalau kena tembak banyak sangat korang mati jugak! haha

Speed - Membolehkan pemain bergerak dengan lebih pantas, kalau korang tekan shift sambil pakai mode ni, memang korang terus lari dengan kadar agak laju lah. Haha, sesuai untuk melarikan diri daripada musuh ataupun korang nak ke objektif dengan lebih laju.

Strength - Membolehkan pemain jadi lebih kuat. Haha, takyah workout la ni. Dengan mode ni, korang bleh tembak dengan lebih tepat (sebab kurang recoil) lompat lebih tinggi, dan kalau korang sempat grab musuh, korang boleh baling diaorang ni lagi jauh.

Cloak - Mode yang aku selalu pakai, memang berguna sebab musuh tak nampak korang, ye la, macam cerita Predator, sesuai kalau korang nak melepasi sesuatu base dengan low profile.

Tapi ingin aku ingatkan, korang takleh guna mode ni lama-lama, sebab suit ni ada power (you can't have everything right?). Sebagai contoh, kalau korang masuk Cloak mode, korang leh pakai cloak mode sampai power dia habis, pastu secara automatik masuk armor mode, maknanya musuh nampak korang la. Ketika mode armor tu, power akan recharge balik, then korang bleh masuk balik cloak mode.

Game ni hebat aku rasa sebab ada kebebasan kepada pemain, I mean, pemain boleh pilih nak laksanakan mission dengan low profile ataupun high profile. Kalau ngan high-profile, korang just masuk armor mode, pastu terus tembak orang macam Rambo, cepat, tapi bahaya. Tapi kalau low-profile, korang masuk cloak mode, pastu korang tembak headshot je, pakai silencer, then cari satu tempat tersembunyi, masuk cloak mode, recharge power (kejap je), pastu masuk cloak mode balik. Lambat, tapi lebih selamat.

Selain daripada jalan kaki, korang bleh naik kenderaan lain dalam game ni, contohnya kereta kebal, dan lain-lain. 

Walaupun pilihan senjata tak banyak dalam game ni. Aku puji creator dan developer game ni yang membenarkan pemain memilih attachment untuk senjata pemain sendiri. Sebagai contoh korang boleh pilih nak guna laser atau tidak, nak pakai scope ke, nak pakai tackikal sight ke. Just like I said, kebebasan.

Yang banyak mencuri perhatian aku adalah alien yang wujuid dalam game ni, memang aku rasa lagi syok perang ngan alien daripada perang dengan askar korea.

Dengan difficulty medium, aku berjaya habiskan game ni dalam masa 10 jam. Kalau boleh panjangkan sikit lagi boleh tak untuk Crysis 2? hehe

Overall:
Game ni adalah antara game yang terbaik dalam FPS, daripada segi grafik, plot, watak dan gameplay semua blend dengan bagus. Yes, aku cuba game ni, yang aku frust satu je...kenapa alien muncul lewat sangat dalam game ni? huhuhu....game ni fun dan kalau korang peminat tegar FPS korang wajib try game ni!

Aku suka:
- Nanosuit
- Grafik
- Gameplay
- Kebebasan
- Ala! aku suka semua la senang!

Aku kureng:
- Err..alien muncul lewat sangat?

Rating:
- IGN: 9.4/10
- Eurogamer: 9/10
- Gamespot: 9.5/10
- Aku: 9.5/10

Gallery:

Weapon customisation? bebas
Kedatangan alien menjadikan pulau tu menjadi beku
Very high setting - cantik kan?
Nanosuit
My favourite - Cloak mode
~kimi~

*Glitch - Graphics error




Wednesday, 18 May 2011

Call of Duty: Modern Warfare 3 sneak peek

Modern Warfare 3 nak kuar?? haha..... bagus! antara game yang aku nantikan dan untuk pengetahuan korang... aku adalah solid die hard fan Modern Warfare series...

First time aku tgok trailer Call of Duty 4: Modern Warfare adalah ketika aku umur 16 dan aku sebagai peminat siri Call of Duty aku memang btul-betul nak main game tu. Tapi apakan daya, aku takde PS3 atau XBOX 360 atau PC yang power untuk main game tu. Aku pon telan air liur je la..

Dua tahun kemudian aku ada laptop sndiri (walaupun bkan ntuk gaming) aku pon install game tu. Dan aku amat-amat teruja, COD4: Modern Warfare memang superb, nice plot, senjata dan kesan bunyi yang hebat. Walaupun aku rasa game tu pendek, tapi sudah cukup untuk membuatkan pemain memahami jalan cerita. Tu la game ke-3 daripada konsol generasi ke-7 yang pernah aku main selepas Left 4 Dead dan Half Life 2.

Peperangan antara US dan Rusia bersambung kat Modern Warfare 2, yg dikeluarkan 2 tahun kemudian. Aku  rasa walaupun game MW2 pendek (6 jam) aku masih lagi rasa plot cerita diimplimentasikan dengan baik. Banyak improvement dalam MW2 dan player masih lagi bermain lebih daripada 1 watak seperti game call of duty yang lain.

Minggu lepas aku main facebook bukak page IGN..diaorang umumkan cover Modern Warfare 3 yg telah dibocorkan. Sengaja atau tidak aku tak tahu. Ntah la... mungkin Activision rasa terancam dengan trailer bersiri yang dikeluarkan oleh Battlefield 3, mungkin je la. Ni ha cover Modern Warfare 3 yg di'leak'kan.
fan art? official?
Tapi aku tak tahu la samada cover ni official ataupun fan art. Tapi aku rasa official, sebab trailer dia kuar sehari dua lepas tu. Officially game ni masuk dalam list 'game yang ditunggu-tunggu' aku bersama game Battlefield 3. Aku harap activision akan buat yg lebih baik daripada Modern Warfare 2 walaupun dengan ketiadaan Infinity Ward dan please.. I mean PLEASE jangan pilih Treyarch sebagai developer! haha

Apa-apa pon Call of Duty, I love you! xD

~kimi~

Thursday, 5 May 2011

Which GPU can I run together in SLI or CFX?

Hahaha...tajuk omputih lak...ok2 tujuan post ini ada lah sambungan kepada "Nvidia SLI dan ATI CrossFireX" yang aku post tadi....
Belum baca? klik sini

Jenis GPU macam mana korang bleh gabung? Post aku kali ni adalah untuk menjawab persoalan tu.
Berikut merupakan contoh SLI dan CFX yang aku ambil supaya korang bleh faham.

i. Kombinasi pertama
ATI Radeon HD 5870 1GB 256bit GDDR5 dan ATI Radeon HD 5870 1GB 256bit GDDR5
- GPU yang sama, memory type sama, memory size sama dan bus width sama. Sudah tentu boleh run CFX

ii. Kombinasi ke-2
ATI Radeon HD 5870 1GB 256bit GDDR5 dan ATI Radeon HD Eyefinity Edition 5870 2GB 256bit GDDR5
- GPU yang sama, memory type sama, bus width sama, namun berlainan memory size dan ATI Radeon HD Eyefinity Edition 5870 mempunyai 6 mini display port. Masih boleh run CFX kerana kedua-dua GPU tersebut menggunakan GPU processor 5870 walaupun display output dan memory size yang berbeza.

Atas: ATI Radeon HD Eyefinity Edition 5870
Bawah: ATI Radeon HD 5870

iii. Kombinasi ke-3
MSI Nvidia N480GTX 1.5GB 384bit GDDR5 dan Zotac Nvidia 480GTX 1.5GB 384bit GDDR5
- Memory type sama, memory size sama dan bus width sama namun, walaupun dikeluarkan oleh dua pengeluar berbeza, (MSI dan Zotac) masih boleh run SLI kerana kedua-dua GPU tersebut menggunakan GPU processor GTX480.

iv. Kombinasi ke-4
MSI Nvidia N460GTX Cyclone 1GB 256bit GDDR5 dan MSI Nvidia N460GTX Twin Frozr II 768mb 192bit GDDR5
- Memory type sama, namun memory size berbeza, bus width berbeza, mempunyai bentuk luaran yang memang berbeza. Masih boleh run SLI kerana kedua-dua GPU tersebut menggunakan GPU processor GTX460.


Walaupun mempunyai bentuk luaran yang berbeza kedua-dua GPU diatas
masih boleh run SLI kerana GPU processor yang sama
Yang penting adalah jenis GPU Processor! tak kisah la memory size tak sama atau bus width tak sama. Kesimpulan, korang xleh gabung GTX480 dengan GTX460 (contoh) dimana mempunyai GPU processor yang berlainan, Korang xleh gabung ATI dan Nvidia.

Tu je kot, ada soalan tnya aku.

~kimi~

Wednesday, 4 May 2011

Nvidia SLI dan ATI CrossFireX

Nvidia SLI (Scalable Link Interface), dan ATI CrossfireX adalah merupakan teknologi yang membolehkan seorang pengguna menggabungkan dua GPU untuk mengeluarkan satu output.

Untuk senang aku taip aku singkatkan:
CrossfireX = CFX
Graphics Processing Unit = GPU

Hahaha, tu ayat skema, ayat aku; korang ada dua bijik graphic card, korang gabung jadi satu.
Tapi bukan semua gfx card boleh buat SLI atau CFX, maaf ye kalau mengecewakan sape-sape...haha

Untuk senarai GPU Nvidia yang support SLI klik sini
Untuk senarai GPU ATI yang support CrossFireX klik sini

Apa tujuan multi-gpu ni?
- Untuk mendapat lebih prestasi 3D dengan menggunakan lebih daripada satu GPU untuk mengeluarkan satu output. Atau dengan kata lain menggandakan prestasi sebuah GPU.

Apa yang korang perlukan?
i. Lebih daripada satu GPU yang di support oleh SLI atau CFX.

ii. Motherboard yang SLI atau CFX supported atau dengan kata lain mempunyai PCI-E slot lebih daripada satu.
EVGA x58 ada 7 pci-e slot untuk 4-way SLI
Tapi tak semua motherboard support SLI dan CFX, ada yang hanya support SLI, dan ada yang hanya support CFX, jadi sebelum beli tu check baik-baik dulu yep.

iii. SLI atau CFX bridge. Lepas korang masukkan 2 GPU kat dua PCIE slot. korang kena sambung dua GPU dengan penyambung yang dipanggil 'bridge'. Selalunya disertakan bersama motherboard ataupun kotak GPU sendiri.

Dua gpu nvidia disambung SLI bridge


SLI bridge daripada pelbagai jenama
iv. Power supply yang mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menampung dua atau lebih GPU, aku sarankan 750w lebih.
- Untuk senarai power supply yang boleh digunakan untuk run Nvidia SLI klik sini
- Untuk senarai power supply yang boleh digunakan untuk run ATI CrossFireX klik sini

v. Chassis (optional), kalau korang ada chassis yang kecil dan korang rasa tak muat nk buat SLI atau CFX, sila-sila la tukar.

Okeh, tu je penerangan aku mengenai multi GPU, kombinasi GPU mana yang boleh CFX dan SLI nanti aku bagitahu..

to be continued...

~kimi~

Graphic card yang support ATI CrossFireX



- ATI Radeon HD 3450
- ATI Radeon HD 3650
- ATI Radeon HD 3850
- ATI Radeon HD 3870
- ATI Radeon HD 3870 x2
- ATI Radeon HD 4350
- ATI Radeon HD 4550
- ATI Radeon HD 4650
- ATI Radeon HD 4670
- ATI Radeon HD 4770
- ATI Radeon HD 4830
- ATI Radeon HD 4850
- ATI Radeon HD 4850 x2
- ATI Radeon HD 4870
- ATI Radeon HD 4870 x2
- ATI Radeon HD 4890
- ATI Radeon HD 5450
- ATI Radeon HD 5570
- ATI Radeon HD 5670
- ATI Radeon HD 5750
- ATI Radeon HD 5770
- ATI Radeon HD 5830
- ATI Radeon HD 5850
- ATI Radeon HD 5870
- ATI Radeon HD 5970
- ATI Radeon HD 6870
- ATI Radeon HD 6970
- ATI Radeon HD 6990


- Hanya graphic card yang tersenarai di atas sahaja yang boleh digabungkan menggunakan teknologi ATI  CrossFireX
- X kisah brand Gigabyte, MSI atau brand apa pun.
- Apa itu CrossFireX? nanti aku bagitao..

~kimi~




Graphic card yang support Nvidia SLI (Scalable Link Interface)



-GeForce GT 120
-GeForce GT 130
-GeForce GTS 150
-GeForce 8400 GS
-GeForce 8500 GT
-GeForce 8600 GT
-GeForce 8600 GTS
-GeForce 8800 GTX
-GeForce 8800 Ultra
-GeForce 9400 GT
-GeForce 9500 GT
-GeForce 9600 GT
-GeForce 9800 GT
-GeForce 9800 GTX
-GeForce 9800 GTX+
-GeForce 9800 GX2
-GeForce GTS 250
-GeForce GTX 260
-GeForce GTX 275
-GeForce GTX 280
-GeForce GTX 285
-GeForce GTX 295
-GeForce GTS 450
-GeForce GTX 460
-GeForce GTX 465
-GeForce GTX 470
-GeForce GTX 480
-GeForce GTX 550Ti
-GeForce GTX 560Ti
-GeForce GTX 570
-GeForce GTX 580
-GeForce GTX 590

- Hanya graphic card yang tersenarai di atas sahaja yang boleh digabungkan menggunakan teknologi nVidia SLI
- X kisah brand Gigabyte, MSI atau brand apa pun.
- Apa itu SLI? nanti aku bagitao..

~kimi~


Tuesday, 3 May 2011

Cara-cara nak main Modern Warfare 2 Multiplayer (Free!)

 Haa....aku ada janji nak bagitahu cara nak main Modern Warfare 2 online kan? Kalau korang ingat tak bleh main game Modern Warfare 2 Multiplayer sebab korang beli tak original silap ar...

Korang perlukan:
i. Torrent client. ( uTorrent atau BitTorrent)
Download

ii. Game Call of Duty: Modern Warfare 2 yang dah install ( tak kisah original atau tidak)
Download (11.1 GiB)

iii. Microsoft .Net 3.5 Framework
Download

iv. Microsoft Visual C++ 2008 Redistributable
Download

v. WinRar
on rarlab.com

Nanti korang dah ada semua kat atas baru bleh download file neh
aIW-Client

Cara-cara nak install aIW-Client

i. Lepas korang dah habis download aIW-Client kat atas (6.76 GiB, besar arh skit)
ii. Korang bukak file tu pakai winrar, extract je kat mana-mana korang pilih.
iii. Guna alterIWNet_configure.exe untuk masukkan username korang nak.
iv. Download file ni (patch)
v. Extract kat tempat yang korang extract aIW-Client tadi dan replace file original dengan patch tadi
vi. Run iw4mp.exe

Pastu skeati korang la nak 'join server' atau 'find game'

Peringatan:

i. Kami online gamer tak suka main pakai cheat, paling benci aimbot
ii. Player lain memang handal. Kalau korang selalu mati biasa la tu.
iii. Kalau connection slow memang susah nak join game
iv. Pastikan setting grafik tak terlalu high supaya game bergerak dengan smooth.
v. Last, klo ada ternampak username xxFLESHxx, aku la tu (sekarang baru level 24)

Tu je. kalau ada pape soalan tanya aku!
Have fun!

screenshot aku main:





~kimi~

Games yang menghina Islam

Yang ni aku tak nak cakap banyak, sebab aku tahu korang semua dah baca dalam surat khabar, dalam forum, atau dalam blog lain.
Jadi aku nak senaraikan je game-game tersebut.

i. Devil May Cry 3 (Capcom)
- Pintu menyerupai pintu kaabah disimbolkan sebagai pintu yang menyambungkan dunia syaitan dan dunia nyata.

ii. Clive Barker Undying (Electronic Arts)
- Istana yang diduduki oleh syaitan penuh dengan kalimah Allah. Seolah-olah mengatakan bahawa mereka yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

iii. Zack and Wiki (Capcom)
- Ada laungan Allahu Akbar dan kemudian meniru cara doa. (Capcom dah remove)

iv. Prince of Persia (Ubisoft)
- Terdapat ayat tulisan kaligrafi arab di atas pedang yang ditulis
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" - Sabda Rasulullah SAW
v. Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes. (Valve)
- Jika anda bermain sebagai CT (Counter Terrorist), masa anda tembak askar Terrorists, mereka akan melaung 'Allahu Akbar' dan 'Jihadd'.

vi. Stronghold Crusader (Take 2)
- Pemain memain watak sebagai crusader dan melawan orang arab (islam) dalam perang salib

vii. Guitar Hero III (Neversoft)
- Terdapat pentas di mana lantai dipenuhi oleh kalimah Allah, dan dipijak-pijak watak syaitan yang bermain gitar.

Nasihat aku, pulaukan game-game diatas, takde maknanye korang main game yang menghina agama sendiri.
Klau ada CD, buang, kalau dah install, taruk dalam recycle bin pastu 'empty recycle bin'

Main game, main game jugak, solat lima waktu jangan lupa.

~kimi~

Monday, 2 May 2011

Thermaltake Level 10 review

Hehehe, first time aku review chassis, aku neh budak baru belajar, kalau salah fakta gtao keh?

Thermaltake Level 10 adalah merupakan chassis yang direka oleh BMW. First all, aku nak cakap, chassis ni bukan untuk semua orang, berat, mahal, besar, it is an enthusiast level chassis, (ps: tapi kalau korang nak beli jugak aku tak halang)

Specifications for Thermaltake Level 10:

i. Chassis type: Full Tower
- Yes, chasis ni merupakan full tower, aku dah bagitahu tadi kan, chassis ni memang tinggi dan berat, aku rasa system PC korang paling gila-gila pon semua boleh masuk, tak kira la daripada stock cooling* hingga ke water cooling, semua muat! tak perlu risau.

ii. Material: Aluminium
- 100% aluminium, takde langsung plastik dalam chassis ni

iii. Colour: Black
- Hanya hitam sahaja yang available, warna lain tak ade, aku pun tak tahu la kenapa, tapi kalau aku tengok Cooler Master punya chassis semua warna hitam. Warna hitam warna universal kot.

iv. Motherboard supported: ATX and Micro ATX
- Kalau diaorang cakap ATX dan Micro ATX boleh muat, aku rasa semua jenis motherboard dalam pasaran boleh masuk la...

v. 5.25" Drive bay: 3
- Haha, kalau korang ada lagi Hard drive yang besar gedabak tu bleh la msukkan dalam chassis ni. Tapi orang normal macam aku selalunya letak DVD Writer.

vi. Ext. 3.5" Drive bay: 6 With 2.5" HDD/SSD capability and int. 3.5" Drive bay
- Korang bleh letak 6 buah 3.5" HDD dalam ni, kalau korang nak letak SSD* pon bleh, jangan risau, tray yang disediakan boleh support kedua-dua HDD dan SSD.

vii. Expansion slot: 8
- Nak buat 2-way SLI*? 3-way SLI? 4-way SLI? silakan! (tapi tengok motherboard la)

viii.Front I/O Ports: USB 2.0 x 4, eSata x 1, HD Audio x 1
- Pegh, ada 4 USB depan kat chassis ni, (chassis aku ada 2 je), tapi yang aku pelik la kan, mengikut teknologi sekarang, kenapa diaorang tak sertakan sekali USB 3.0?

ix. Cooling system: Front (intake)- 140 x 140 x 25 mm Red LED Fan, 1000rpm. Rear(exhaust)- 120 x 120 x 25 mm Red LED fan, 1300rpm. HDD (intake) Dual 60 x 60 15mm Silent Fan, 2500rpm
- Aku kurang pasti korang boleh tambah kipas lain atau tidak, tapi yang pasti aku rasa kipas yang datang dengan chassis ni dah mencukupi. Yang aku tertarik ialah, setiap 6 HDD yang korang masukkan di drive bay ada kipas sendiri! air flow bukan menjadi isu dalam chassis ni.

x. Liquid cooling capable: Yes
- Korang bleh buat liquid cooling dengan case ni.

xi. Power supply included: No
- Chassis ni tidak disertakan bersama power supply.

xii. Dimension: (H*W*D): 666(H) X 318(W) X 614(L)mm. 26.22(H) x 12.52(W) x 24.17(L) in

xiii. Net weight: 47.11 lbs 21.37kg

xiv: Security lock: Yes
- Kunci disertakan bersama chassis ni

Lain-lain:
Bukan seperti chassis lain dimana motherboard, power supply dan hard disk diletakkan pada satu bumbung, chassis ni mengasingkan HDD, motherboard, power supply dan dvd writer. Kalau bab cable management, aku tengok lebih kurang dengan siri Cooler Master, cable tie disediakan bersama chassis ini.

Harga? aku tengok dalam forum lowyat, hanya ada dua sahaja chassis ini dijual, dengan harga RM2599 dan aku kurang pasti masih available atau tidak, mahal kan? tapi aku rasa memang patut harga tinggi pun, sebab material yang digunakan dah lain daripada lain, dah la 'designed by BMW'. Kalau dah tak dijual, korang pandai-pandai la tunggu kedai tu ada stok, order online, tak pun terbang la oversea.

Gallery:

Beautiful, big and strong
Nanti aku pakai Intel core i7 hexa-core, ada H70 Corsair water cooling, berpuluh-puluh GB RAM, 6TB HDD, 4-way GTX 580 SLI, aku beli arh chassis ni (which takes more than 10 years)

~kimi~

*Stock cooling: Cooler yang dah disediakan bersama CPU, selalunya kualiti rendah, tak sesuai untuk overclock
*SSD: Solid state drive (nanti aku review)
*SLI: Scalable Link Interface, cara Nvidia menggabungkan 2 atau lebih graphic cards.

Releases in May 2011!

Game-game dibawah adalah senarai game yang di release pada bulan ni, watch out guys! xD

10 May 2011


Title: Brink
Developer: Splash Damage
Publisher: Bathesda Softworks
Genre: FPS (First Person Shooter)
Sequel/Expansion Pack to: -






Title: The First Templar
Developer: Haemimont Games
Publisher: Kalypso Media
Genre: Third person action advanture
Sequel/Expansion Pack to: -






Title: Lego Pirates of the Caribbean: The Video Game
Developer: Traveller's Tales
Publisher: Disney Interactive Studios
Genre: Action adventure
Sequel/Expnsion Pack to: -





17 May 2011


Title: Fable III
Developer: Lionhead Studios
Publisher: Microsoft Game Studios
Genre: RPG (Role Playing Game)
Sequel/Expnsion Pack to: Fable II






Title: The Witcher 2: Assassin of Kings
Developer: CD Projekt RED STUDIO
Publisher: Atari, CD Projekt, 1C
Genre: RPG (Role Playing Game)
Sequel/Expansion pack to: The Witcher





24 May 2011


Name: DiRT 3 
Developer: Codemasters Southam
Publisher: Codemasters
Genre: Racing
Sequel/Expansion pack to: DiRT 2






Name: F.E.A.R. 3 (F.3.A.R)
Developer: Day 1 Studios
Publisher: Warner Bros. Interactive
Genre: Horror FPS (First Person Shooter)
Sequel/Expansion pack to: F.E.A.R 2: Project Origin





31 May 2011


Name: Haunted, The Demon's Forge
Developer: inXile Entertainment
Publisher: Bethesda Softworks
Genre: Third person action advanture
Sequel/Expansion pack to:-






Name: Red Faction: Armageddon
Developer: Voliton, Inc
Publisher: THQ
Genre: Third person shooter
Sequel/Expansion pack to: Red Faction: Guerilla






Name: The Sims 3 Generations
Developer: EA Play
Publisher: Electronic Arts
Genre: Simulation
Sequel/Expansion pack to: The Sims 3





~kimi~

Sunday, 1 May 2011

Need for Speed Hot Persuit 2010 review

cover art
Game ini adalah merupakan reincaration ke 3 Hot Persuit, game hot persuit yang pertama dikeluarkan ialah Need For Speed III: Hot Persuit pada tahun 1998, Need For Speed: Hot Persuit 2 pada tahun 2002 dan yang paling latest adalah yang tertera di atas, game ni bukan game kegemaran aku tapi aku review jugak la...tapi aku rasa mereka yang suka kereta mewah dan polis aku rasa suka game ni. By the way, developer game ni adalah Criterion, developer siri Burnout..

Presentation:
Serius game ni lawa beb, daripada pemandangan tepi laut ke bukit semua lawa, world surrounding yang paling lawa aku tengok wujud dalam racing game, model kereta memang tak payah cakap arh, semua sama dengan real life, memang detail, berlesen dan jumlah kereta memang banyak. Crashes atau perlanggaran dalam game ni nampak hebat, ye la, Criterion memang cantik kalau bab-bab eksiden, cuba korang main Burnout: Paradise, korang akan perasan game ni lebih kurang je dengan game tu. Tengok kereta Bugatti Veyron hancur tergolek-golek memang syok!
Tapi aku tak puas hati kenapa tak de cockpit view macam NFS: Shift? kalau ada mesti gempak.
Bunyi? daripada bunyi eksiden ke bunyi enjin, semua meremangkan bulu roma aku...
Dunia atau World Map game ni besar, lebih besar daripada Paradise City*, efek cuaca pon cantik. Game ni cun sial!!!

Bugatti Veyron crashed. Astonishing..

Gameplay:
Dalam game ni player boleh main sebagai Racer atau Cops, tiada jalan cerita so game ni, so sebagai Racer, kerja korang dapat nombor 1 takpun lari daripada polis, sebagai Cops, kerja korang tangkap Racer sebelum masa tamat (ye la takkan join sekali kan?), dan drive dari A ke B, simple, walaupun tiada storyline game ni tetap menarik. Sebagai Racer dan Cops, korang ada senjata yang sama untuk digunakan, Spike Strip* dan EMP*, jadi adil la, tak de la semua polis je yang ada.
Tapi ada physics kereta yang aku heran dalam game ni, berat kereta rasa pelik, kenapa Bentley rasa macam kereta kebal dan Pagani Zonda ringan macam bulu.
Dah habis game ni? Bleh ulang balik racing yang dah complete untuk unlock kereta lain yang belum unlock
Tapi kalau dah main game ni lama-lama aku rasa repetitive* pulak..

Overall:
Game ni cun bai, pemandangan, kereta, crashes, tapi aku rasa lumba tanpa matlamat jadi repetitive plak, cuba diaorang buat mission rompak kereta api ke, selamatkan banduan penjara ke, mesti hilang elemen repetitive tu. Namun kebebasan player menjadi Racer atau Cops memudarkan elemen tu. Tapi apapon, macam aku kata tadi, kalau korang suka memandu kereta mewah dengan cara korang suka, cuba game ni!

Aku suka:
- Brilliant graphics
- Crashes yang realistik
- Bleh tukar antara Racer atau Cops
- World Map besar

Aku kurang:
- Repetitive
- Cockpit view tak ade
- Berat kereta pelik

Rating:
- IGN: 9.0/10
- 1UP.com: A
- Metacritics: 87/100
- Aku: 8.5/10

Download:

~kimi~

*Paradise City - Latar belakang game Burnout: Paradise
*Spike strip - Paku atas jalan
*EMP - Electro Magnetic Pulse
*Repetitive - Berulang

Original vs DVD Copy vs Download

Kat dunia game ni,nak dapatkan game pc aku rasa ada 3 kaedah (kalau ada kaedah lain korang bgtahu yep)
Beli game retail, beli DVD Copy, tak pon download daripada internet.... yang mana aku selalu guna?apa kelebihan salah satu kaedah tersebut?

i. Original / Retail Version

Yup, aku mengaku, aku tak pernah beli game original, aku tak pernah sentuh, aku tak pernah run langsung game original, nak sebab? ni sebab dia:

- Aku tak beli game original sebab aku nak main game je, tak nak pulak aku support syarikat yang buat game tu
- Aku seorang student, beli game original bermaksud aku dah menggunakan duit makan aku selama 1 bulan    (Crysis 2 = RM139.00, Portal 2 = RM120.00) atau lebih....
- Susah nak dapat kat Kota Bharu (ada jual ke?)
- Gameplay dan grafik sama je dengan beli DVD Copy....harga lebih, benda sama.
- Leceh! nak main game kena insert DVD dulu!

Lain la kalau ada syarikat Malaysia keluarkan game sendiri, yang tu aku sarankan korang beli la, sokong la industri tempatan kita 'kay?

Tapi kelebihan game retail ni adalah kebolehan main game online tanpa patch third party*...so kalo korang ni suka main online game dan ada duit lebih aku persilakan beli atau order..

ii. DVD Copy

My favourite method, beli je kat kedai game PC, murah je kot, kat tempat aku kalau DVD sekeping RM10, kalau dua keping RM20 (tempat aku la).. tak payah susah-susah nak berlapar beli game original, macam aku kata tadi la, harga kurang, tapi gameplay dan grafik sama je dgan retail.

Pastu aku rasa kalau nak main game original kena insert DVD dulu baru bleh run, tapi kalau game DVD Copy crack dah ada! jadi daripada sudut pandangan aku, DVD Copy menang!!

iii. Download

Hahaha...my second favourite method...download! kalau game saiz kecil-kecil macam portal aku download la, 700MB lebih je kot...tak ke jimat tu? Korang pon nak download jugak? nanti aku ajar korang macamana cara nak download PC game pakai torrent ataupun direct download.

Tapi kekurangan download ni masa nak habis tu lama sikit la...game NFS: Hot Persuit aku download makan masa 2 hari setengah dengan kelajuan tak konsisten, paling laju 200Kbps...pakai Streamyx 1Mb je pon..

Nak laju sikit boleh, pakai direct download, tapi kalau macam game GTA IV bapak arh, kena sabar je la, 14GB, ada lebih kurang 50 parts, (ye la, korang xleh download 14GB sekaligus)

Korang pakai kaedah mana ek? tak kisah la kaedah mana-mana pon asalkan korang bahagia gaming macam aku..haha

~kimi~

*Third party - pihak yang mengeluarkan patch agar pemain 'haram' macam aku ni bleh main online..haha

Battlefield 3 Fault Line Episode 3: Get That Wire Cut


Potong wayar tu! haha, kenapa lak sarjan kena buat kerja prebet? potong IED pulak tu, silap-silap meletup tak pasal-pasal, IED tu merupakan Improvised Explosion Device, bom yang di buat sendiri kat rumah, dengan kata lain bomb homemade la...

Sekali lagi feature prone ditunjukkan dalam awal-awal trailer ni...lighting telah di render dengan baik, realistik, masa player jatuh daripada air vent ke lantai pon realistik, efek tapak kaki..

Hah!Time nak cabut wayar tiba-tiba la ada nak masuk campur....aku puji babak ni, tapi adakah hand-to-hand combat tu kita kawal sendiri? adakah konsep quick time event akan digunakan?(tak tahu quick time event?search wikipedia) again, tunggu je la..

banyak elemen dalam last battle tu aku dah cerita banyak kat episod 1 dan 2...so aku tak perlu cerita banyak la dalam episod ni kan? pasal sound, lighting, bullet impact, real life physics, semua aku dah ulas, so buat masa sekarang, kita tunggu je la..

jap, ada earthquake?? yang pasti trailer ni di keluarkan sebelum tsunami dan gempa bumi kat jepun hari tu, so Electronic Arts tidak menghina mana-mana pihak dalam game ni.

Tp aku prefer bab earthquake tu takde dalam trailer ni...baru la ada elemen kejutan sikit dalam game...ye tak?
By the way, syabas Electronic Arts dan DICE, nice job! I can't wait!

~kimi~

Battlefield 3 Fault Line Episode 2: Good Effect on Target


Episod 2 ni diaorang main atas bumbung plak....hahaha....babak ini adalah dimana satu task force telah di arahkan untuk 'search and destroy' seorang sniper (betul ke aku ni? main baham je kan)

Ok, tapi hebat jugak kan US Marines, sekali tembak je dah tau kan sniper tu pakai barret .50cal...aku suka setiap kali dia tembak, player first-person-view akan jadi gelap sikit...susah aku nak explain, korang tengok sendiri lah video aku upload kat atas tu...

Bullet impact bleh dilihat secara jelas di 0:26, 0:36, 0:46, 0:58, 1:01, 1:06 (kenapa dia tembak pasu bunga tu?)
pasal barret .50cal ni aku selalu pakai dalam game Modern Warfare 2 multiplayer, tapi aku rasa klo real life punya .50cal aku rasa bullet impact dia lebih kuat daripada ni, dah la penembak tu diaorang kata dalam jarak 50 meter je...

Yang aku paling suka dalam trailer ni adalah time 1:12....kita dah boleh prone!! dah lama kot siri battlefield player tak boleh prone, paling tinggi pon crouch je....syabas EA, korang dah dengar kritikan dalam siri Battlefield.

Aku x tahu la pasal pendapat korang....tapi aku rasa sniper ni amatur la...main tembak je..xkena pon, by the way, aku suka impak time player tembak AT4 kat bangunan tu...dan aku rasa episod 2 ni nak menunjukkan bagaimana enjin Frostbite 2.0 di apply in-game..tapi yang last tu aku tak tahu bangunan tu runtuh atau tdak...

to be continued...

~kimi~

Battlefield 3 Fault Line Episode 1: Bad Part of Town


Hahaha.. Battlefield 3 adalah antara game yg aku tunggu-tunggu lepas aku habis main game Battlefield Bad Company 2 tahun lepas..

Bijak geng Electronic Arts dan Dice ni...sebab? diaorang release trailer Battlefield 3 dalam 3 episod berbeza dan pada 3 tarikh berbeza! Diaorang buat gaya macam ni la yang membuatkan enthusiast macam aku ni tertunggu-tunggu...jadi aku akan upload 3 episod trailer dalam blog ni dan aku akan ulas tentang gameplay elemen yang ada dan sudah ada, dan jom kita lihat, enjin Frostbite 2.0

Episod pertama ni berlatar belakangkan sempadan Iraq dan Iran, ni yang aku nak marah ni! sikit-sikit Iraq, pergi la perang dengan Russia ke Korea Selatan ke, diaorang suka kan gaduh dan negara tu! tapi Iraq jugak jadi pilihan.

Moving on. Pandangan pertama aku terhadap game ni adalah grafik yang kemas dan cantik, lighting, bayang, semuanya nampak sempurna! Contoh terbaik lighting adalah pada 1:19 hingga 1:23. Adakah kita akan melihat visual yang sama pada platform lain? Tunggu je la..

Sound effects macam hon, helicopter, tapak kaki semua realistik! voice acting, dan 'military dialogues' telah diskrip secara detail.

Tengok marin kena headshot di 1:46, darah yg keluar dan M16 (ke M4?) betul-betul jatuh daripada tangan si mati (dah mati kan?)

Gameplay baru ditunjukkan pada 1:54 di mana pemain boleh heret marin yang dah wounded (atau mati) ke tempat yang selamat, tapi dalam trailer ni aku rasa da mati, tapi kenapa dia nak heret jugak eyh?

But then again, efek bunyi ketika babak tembak menembak memang smart...hohoho..aku kagum, special effects time peluru kena dinding, kena kereta memang seperti real-life physics..

Yang last time player terkena termasuk dalam explosion radius lepas van yang dia ambk cover tu kena RPG, aku terperasan kita bleh nampak kaki dan badan si player! wow! aku tak faham kenapa game lain yang dapat rating tinggi macam Modern Warfare 2, Half Life 2, Medal of Honor abaikan elemen tu...

to be continued.....

~kimi~

Homefront review

Cover art   
Review game Homefront aku rasa mcam review game Modern Warfare 2 lak...cuma MW2 lagi hebat..(bagi aku).
Latar masa game ni adalah pada tahun 2027 (umur aku time tu 36) ketika Korea Utara invades USA sebab? ntah pape sebab ntah aku kurang faham dengan plot game ni ( bukan sebab aku x faham english ) tapi plot game ni bleh tahan...tapi aku rasa jalan cerita atau plot yang baik x selalunya menjanjikan game yang hebat.

Presentation:
The graphics is good, but not great....tu je aku bleh ckap..game ini mencuba untuk menjadi sebaik Crysis 2 dan Killzone 3 tapi aku rasa belum sampai lagi (Homefront 2 maybe?) Tapi penulis plot untuk game ni melakukan homework yang banyak untuk mengeluarkan konflik politik dan ekonomi yang melanda USA pada plot tersebut...balik kepada grafik...grafik game ni macam aku kata tadi la, good but not great, sebab grafik macam game ni da banyak kali korang tengok kat game-game lain kat pasaran..Sound effects dan voice acting ok, tapi tak hebat.

Gameplay:
Kalau korang da biasa sangat dengan game FPS, aku rasa game ni xde la banyak sangat beza dengan game-game FPS lain, yup korang masih lagi ADS (Aiming down the sight) untuk menembak...ye la sama la ngan FPS lain...tiada keunikan dalam game ni selain daripada latar dan tiada yang baru.
Single player campaign game ni pendek walaupun jalan cerita yang hebat..7 chapter dalam game ni bleh di habiskan dalam masa 5-6 jam...tiada trofi untuk unlock dan tiada senjata baru untuk di'unlock' membuatkan game ini membunuh sebab untuk dimain untuk kali kedua..lain la kalau korang nak kutip semua 61 keping surat khabar yg terdapat di merata-rata dalam 7 chapter...tapi ada banyak elemen-elemen kejutan yang aku puji dalam game ni..

Overall:
Yup game  ni seronok walaupun pendek...kalau Kaos Studios nak buat sekuel (aku rasa ada sekuel) diaorg kena la perbaiki kelemahan ni..tapi aku terima game ni disebabkan oleh atmosphere yang disajikan dan ada babak-babak dramatik yang aku rasa memang menarik..bab player naik bas lalu depan seorang ibu kena bunuh depan anak dia hampir membuatkan aku menangis (seriously)..

Aku suka:
- Jalan cerita dan plot yang 'one-of-a-kind'
- Elemen-elemen kejutan dan dramatik.
- Unik dari segi latar tempat dan masa.
- Seronok

Aku kurang:
- Grafik (forgivable)
- Pendek sangat
- Tiada makna untuk main kali kedua

Rating:
- IGN: 7.0/10
- CVG: 8.6/10
- Gamespot: 7.0/10
- Aku: 8.0/10

~kimi~

Why PC?

Kenapa aku seorang PC gamer?

Sebab pc gaming hobi aku lah...hahaha
Serius serius...kenapa PC? kenapa bukan XBOX 360? kenapa bukan PS3? apa yang membuatkan aku pndang PC nie? dengan keadaan aku skarang....game PC je la aku main....but hey...don't get me wrong, rumah aku ada PS2, PSP pon ada...tapi PC tetap main choice aku...PS2 aku skg adik aku main, PSP ada dalam laci (nnt nak check balik betul ke dalam laci?)

Nak tahu lagi kenapa? Sebab aku xda duit nak beli XBOX 360 dan PS3, brape ek harga konsol tu skrang? aku pon x tahu.. aku beli PC nieh dgan harga lebih kurang RM1400 tu pon mak aku yg support LED monitor (thnx mom) ok2, aku teka harga PS3 dan XBOX 360 adalah lbih kurang PC aku RM1400 that is..tp tv mane aku nak cari? xkan main XBOX 360 pkai TV bulkscreen cap ayam kot...kena la at least pkai LCD monitor bai..jadi RM1400 tambah beli LCD baru x ke 2k lebih? tambah lagi ngan bill letrik bulan yg sudah tentu akan naik da ada XBOX 360 nieh..

Pastu aku ni kaki online...klo da boring main game battlefield aku save pastu trus bukak facebook, youtube dan seangkatan dengan nya...cuba korang bayang aku main PS3 sambil online facebook kat PC atau laptop...x ke membazir tu?

Aku ada byak kaki, yg kaki lain aku kaki adalah aku kaki anime....bleh la aku multitasking...sambil2 main game sambil2 aku download....x ke mudah tu?lepas siap download aku pause pastu tkan alt + tab.....tgok anime smpai habis pastu aku download baru sambung main game(time cuti la)

Cheating never been easier on PC...haha...snang kot nak pakai cheat klo main game PC..download je trainer..tak pun cheat engine..xperlu la aku nak hafal kombinasi butang yg susah tue..

Patching? kalo jersi x berlesen game PES skarang aku da x kisah...sebab slalu ada abg patcher yg akan keluarkan unofficial patch ntok game feveret aku: PES...dalam PS3 boleh kot patching tapi aku x pasti mcamana proses nak patching tu...

Walkthrough...klo aku main game puzzle atau RPG aku selalu berpandukan walkthrough...main game PC membolehkan aku merujuk walkthrough dgan lebih mudah!

Online gaming....aku xde la suka sangat main game online..tapi salah satu sebab pc lebih diterima dalam kalangan MMORPG gamers adalah sebab mudah nak online gaming...game yg aku main online skarang hanya lah satu-satunya Modern Warfare 2 Multiplayer..tu pon aku download patch (nanti aku bgtao cara eh)

Download game...aku selalu beli je game...tapi kalo stakat game yg saiz kecik2 takkan aku nak bli jugak...jwapan eh download je la...contoh: Portal aku download hny 700MB lebih....kalo aku beli kat kedai RM10 jgk...aku main game download ok je..xde pon cacat cela..tp klo konsol kena beli DVD atau Bluray bai...x ke kering poket aku tu? game sama je gameplay sama je harga je lebih

tu je kot...tapi kalo korang nak beli konsol PS3 atau XBOX 360 di persilakan...aku xkata pon konsol tu teruk...walaupun ada game yg aku nak main di PC tapi ada kat kedua dua konsol tu...Gears of War 3 akan release ntok XBOX 360 je Metal Gear Solid Guns of Patriot pon PS3 je yg ada...aku jelez kot..tp xpe lah...nnt aku ada keje, bini ngan anak besok...aku beli la sebijik..haha Insya-Allah...

layan game PES 2011 jap..

~kimi~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...